KUMPULAN Cromok yang terkenal dengan aliran muzik metal menjanjikan kelainan pada Konsert Legend II Live In Jb di Stadium Pasir Gudang pada 8 September ini.

Gitarisnya, Karl berkata, mereka akan tampil dengan konsep Thrashditional iaitu gabungan muzik thrash serta muzik tradisional yang disusun khas buat peminat menghadiri konsert itu nanti.”Konsep itu lahir daripada perkongsian idea kami semua khusus untuk peminat di Johor Bahru. Peminat kami tahu, Cromok selalu tampil dengan kelainan membabitkan muzik moden dan tradisional.

“Dulu kami pun pernah hasilkan lagu disuntik elemen cak lempong. Malahan, lagu Metallurgical turut menggunakan intro lagu Ulek Mayang yang sehingga kini menjadi kegilaan,” katanya. Kali ini, memilih alunan muzik ghazal mengiringi konsert mereka, kata Karl, mereka sengaja memilih muzik tradisional itu kerana Johor sememangnya terkenal dengan muzik sebegitu. “Cromok akan bergabung dengan Kumpulan Ghazal Sri Aras Johor bagi menghiburkan peminat di sana. Walaupun mereka tidak terbabit sepenuhnya namun ada lagu-lagu yang akan membabitkan mereka.

“Ia memang sesuatu yang unik dan peminat kena hadir sendiri untuk menikmati kelainan yang akan dibawakan Cromok pada konsert itu nanti,” kata Karl. Selain Karl, Cromok turut dianggotai oleh Sam (pemain gitar bass dan vokal) serta Miji (dram). Cromok ditubuhkan pada 1986 di Sydney, Australia, terkenal dengan lagu hits antaranya Another You, I Don?t Belong Here, Misty dan Memories.

https://www.hmetro.com.my/rap/2018/08/369847/nantikan-thrashditional-cromok

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop