KUMPULAN Cromok yang terkenal dengan aliran muzik metal menjanjikan kelainan pada Konsert Legend II Live In Jb di Stadium Pasir Gudang pada 8 September ini.
Gitarisnya, Karl berkata, mereka akan tampil dengan konsep Thrashditional iaitu gabungan muzik thrash serta muzik tradisional yang disusun khas buat peminat menghadiri konsert itu nanti.”Konsep itu lahir daripada perkongsian idea kami semua khusus untuk peminat di Johor Bahru. Peminat kami tahu, Cromok selalu tampil dengan kelainan membabitkan muzik moden dan tradisional.
“Ia memang sesuatu yang unik dan peminat kena hadir sendiri untuk menikmati kelainan yang akan dibawakan Cromok pada konsert itu nanti,” kata Karl. Selain Karl, Cromok turut dianggotai oleh Sam (pemain gitar bass dan vokal) serta Miji (dram). Cromok ditubuhkan pada 1986 di Sydney, Australia, terkenal dengan lagu hits antaranya Another You, I Don?t Belong Here, Misty dan Memories.
https://www.hmetro.com.my/rap/2018/08/369847/nantikan-thrashditional-cromok
Recent Comments