Berbaki hanya lima hari untuk peminat menyaksikan persembahan dua band heavy metal legenda, Cromok dan XPDC menerusi konsert Metal Legends Live In Concert yang akan berlangsung di Maeps, Serdang, Sabtu ini.
Bagi XPDC, mereka sudah melakukan persediaan rapi untuk menggegarkan konsert pembuka tirai 2018 ini. Penyanyinya, Mael berkata, mereka menjanjikan kelainan berbanding konsert terakhir XPDC yang berlangsung di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Kuala Lumpur, Oktober lalu. ?Saya jamin peminat akan dapat merasai perbezaan dari aspek lagu dan konsep persembahan. Lagu-lagu yang jarang dinyanyikan akan disampaikan dalam konsert ini.
?Bagaimanapun, tak dinafikan peminat tetap mahukan saya menyanyikan lagu-lagu popular yang kerap dinyanyikan ketika konsert,? katanya. Menurut Mael, mereka akan cuba menyesuaikan keadaan apabila mengimbas kembali kenangan silam dengan menyampaikan lagu ?zaman muda? XPDC dalam satu segmen khas. ?Kami akan segarkan lagu-lagu itu dengan susunan muzik baru yang kena dengan konsert ini. Untuk tampilkan gimik hebat itu belum terfikir lagi, tapi ia biasanya akan berlaku secara spontan di atas pentas.
?Kami tak boleh terlebih sangat kerana nanti peminat marah. XPDC akan beraksi dalam satu jam setengah, jadi perlu manfaatkan masa untuk hiburkan peminat agar mereka puas hati,? katanya. XPDC mengakui mahukan kesempurnaan dalam konsert kali ini. Tambahan pula, penganjur menjanjikan pelbagai keistimewaan antaranya pentas yang dihiasi set LED dan sistem bunyi canggih yang diimport khas dari China.
?Kami bukan cakap besar tapi kalau boleh biarlah peminat menilai sendiri dengan hadir ke konsert ini nanti. Namun tak dinafikan kami sendiri teruja kerana pada usia ini, baru dapat tawaran buat konsert yang besar. ?Satu penghargaan apabila dapat menjayakan satu konsert yang dianggap besar dan hebat ini,? katanya. Dalam pada itu, Mael mengakui layanan baik dan profesional yang ditunjukkan penganjur juga mampu mengekalkan moodnya untuk beraksi nanti.
Kesungguhan XPDC menjayakan persembahan ini turut diperlihatkan oleh Zuar yang sanggup turun padang ke negeri di sebelah utara dan selatan bagi mempromosi dan menjual tiket konsert ini sendiri kepada peminat. Selain Mael, XPDC turut dianggotai Zuar (bass), Jeff (gitar) dan Amy (dram). Sistem bunyi yang akan digunakan nanti iaitu ?64 sub-bass? belum pernah digunakan dalam mana-mana konsert di Malaysia sebelum ini dan kosnya RM400,000.
Sama seperti XPDC, Cromok juga sudah bersedia untuk menggegarkan Maeps dengan aksi mereka. Pemain gitarnya, Karl berkata, mereka giat melakukan latihan di sebuah studio di Wangsa Maju sejak sebulan lalu. ?Kami pun sudah lama tak bertemu peminat dan diharapkan agar mereka hadir beramai-ramai menyaksikan konsert ini,? katanya. Selain Karl, Cromok turut dianggotai Sam selaku vokalis dan Mizi sebagai pemain dram.
Tiket konsert dijual pada harga RM68 hingga RM250 dan boleh didapati di ILasso Ticket Sdn Bhd.
https://www.hmetro.com.my/rap/2018/01/308274/xpdc-cromok-gegar-maeps
Recent Comments